Showing posts with label KETUANAN MELAYU. Show all posts
Showing posts with label KETUANAN MELAYU. Show all posts

Wednesday, 8 May 2013

KETUANAN MELAYU - Bahagian 2


Dalam entri terdahulu, SB telah kongsikan sedikit perincian kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.  Ramai yang menyalahtanggapi konsep Islam sebagai agama persekutuan dan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

Islam sebagai agama bagi persekutuan tidak sama dengan kalimah “Islam sebagai sekadar agama rasmi”. Islam sebagai agama Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) secara jelas memberikan peranan agama Islam secara menyeluruh kepada Persekutuan berbanding sekadar agama rasmi bagi Persekutuan yang lebih dilihat sebagai satu simbolik kepada kerangka kenegaraan. Apatah lagi, gambaran bahawa Malaysia ini sebuah negara secular, maka ia lebih bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Oleh sebab itulah, pakar perundangan negara, Dr. Aziz Bari pernah berkata :

“Pada hakikatnya kita boleh mengatakan bahawa negara ini telah disyahadahkan dengan kalimah Islam sebagaimana tertulis dalam Perkara 3(1) iaitu Islam adalah agama Persekutuan Malaysia sekaligus telah membatalkan ciri-ciri sekularnya. Dan kemudian terpulang kepada kita untuk mengisi kerangka itu dengan apa yang dituntut oleh Islam. Mungkin dalam beberapa perkara syariat, negara kita mengabaikan Islam tetapi itu tidak bermakna anda boleh sewenang-wenangnya menuduh negara ini murtad dengan menjadi negara sekular.”  (Milenia, Disember 2010: 10)

Sementara itu, bekas Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM) juga dalam mengulas hal ini pernah berkata :

“Jika dilihat dalam Perlembagaan Negara, tiada satu perkataan pun yang menggunakan perkataan sekular sedangkan para penggubal dahulu boleh sahaja meletakkannya sebagaimana yang berlaku pada negara Turki, Perancis dan India. Saya tidak rasa ia adalah suatu perkara yang tidak disengajakan atau terlepas pandang. Ia memang dirancang, dipersetujui serta disepakati sebegitu rupa dalam membentuk Perlembagaan negara. Malaysia memang tidak direka atau dirancang untuk menjadi negara sekular.

“Justeru, status paling tepat yang boleh diberikan kepada Malaysia jika ia seorang manusia ialah, dia seorang Muslim. Ia (muslim) pula terbahagi kepada muslim yang taat atau tidak. Tiada sesiapa berhak mengatakan seseorang Muslim itu bukan Muslim jika dia berbuat sesuatu yang melanggar syariat Islam. Itulah gambaran paling tepat yang boleh saya umpamakan untuk memberi status kepada Malaysia.”

Ini menunjukkan kerangka keislaman itu sudah wujud dalam Perlembagaan Persekutuan. Cuma yang tinggal adalah pelaksanaan dan pengisian yang sesuai dengan semangat di sebalik kerangka keislaman tersebut. Maka, suasana politik kepartian secara khusus tidak seharusnya mencetuskan ketegangan terutamanya dalam masyarakat Islam di Malaysia mengenai kedudukan Islam di Malaysia mahupun mengenai kedudukan Malaysia dalam neraca Fiqh al-Daulah (kefahaman mengenai kenegaraan).  Apa yang tinggal adalah usaha-usaha untuk menyempurnakan pelaksanaan undang-undang agama Islam secara menyeluruh dalam pentadbiran di Malaysi

Tuesday, 7 May 2013

KETUANAN MELAYU – Bahagian 1


Ini masanya untuk kita membangkitkan semangat Ketuanan Melayu. Biar anak-anak kita celik. Biar dunia lihat. Ini bangsa kita. Tiada salahnya kita bercakap dan bersuara mempertahankan bangsa kita kerana kita punya hak yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Ia sah lagi disahkan.

Pertama-tama, mari kita fahami dahulu makna Negara Malaysia Beragama Islam supaya kita kenal siapa Melayu.

Ini adalah suatu realiti yang perlu dikenal pasti oleh ramai orang. Kita sedia maklum kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai yang tertinggi di Malaysia. Namun, acuannya mempunyai unsur-unsur keislaman. Memang tidak disebutkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber hukum tertinggi di Malaysia, tetapi agama Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia juga sebenarnya sudah merangkumi hal yang demikian atau sekurang-kurangnya memperuntukkan usaha ke arah yang demikian.

Disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan : Perkara 3. Agama bagi Persekutuan

1.Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

2.Di dalam tiap-tiap Negeri selaian Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua Agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakaui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada  Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua Agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercatat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam membenarkan Yang Di-Pertuan Agong mewakilinya.

3.Perlembagaan-perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang Di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua Agama Islam di Negeri itu.

4.Tiada apa-apa jua dalam ini mengurungkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

5. Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, ini Yang Di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agung mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.