Wednesday 8 May 2013

KETUANAN MELAYU - Bahagian 2


Dalam entri terdahulu, SB telah kongsikan sedikit perincian kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.  Ramai yang menyalahtanggapi konsep Islam sebagai agama persekutuan dan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

Islam sebagai agama bagi persekutuan tidak sama dengan kalimah “Islam sebagai sekadar agama rasmi”. Islam sebagai agama Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) secara jelas memberikan peranan agama Islam secara menyeluruh kepada Persekutuan berbanding sekadar agama rasmi bagi Persekutuan yang lebih dilihat sebagai satu simbolik kepada kerangka kenegaraan. Apatah lagi, gambaran bahawa Malaysia ini sebuah negara secular, maka ia lebih bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Oleh sebab itulah, pakar perundangan negara, Dr. Aziz Bari pernah berkata :

“Pada hakikatnya kita boleh mengatakan bahawa negara ini telah disyahadahkan dengan kalimah Islam sebagaimana tertulis dalam Perkara 3(1) iaitu Islam adalah agama Persekutuan Malaysia sekaligus telah membatalkan ciri-ciri sekularnya. Dan kemudian terpulang kepada kita untuk mengisi kerangka itu dengan apa yang dituntut oleh Islam. Mungkin dalam beberapa perkara syariat, negara kita mengabaikan Islam tetapi itu tidak bermakna anda boleh sewenang-wenangnya menuduh negara ini murtad dengan menjadi negara sekular.”  (Milenia, Disember 2010: 10)

Sementara itu, bekas Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM) juga dalam mengulas hal ini pernah berkata :

“Jika dilihat dalam Perlembagaan Negara, tiada satu perkataan pun yang menggunakan perkataan sekular sedangkan para penggubal dahulu boleh sahaja meletakkannya sebagaimana yang berlaku pada negara Turki, Perancis dan India. Saya tidak rasa ia adalah suatu perkara yang tidak disengajakan atau terlepas pandang. Ia memang dirancang, dipersetujui serta disepakati sebegitu rupa dalam membentuk Perlembagaan negara. Malaysia memang tidak direka atau dirancang untuk menjadi negara sekular.

“Justeru, status paling tepat yang boleh diberikan kepada Malaysia jika ia seorang manusia ialah, dia seorang Muslim. Ia (muslim) pula terbahagi kepada muslim yang taat atau tidak. Tiada sesiapa berhak mengatakan seseorang Muslim itu bukan Muslim jika dia berbuat sesuatu yang melanggar syariat Islam. Itulah gambaran paling tepat yang boleh saya umpamakan untuk memberi status kepada Malaysia.”

Ini menunjukkan kerangka keislaman itu sudah wujud dalam Perlembagaan Persekutuan. Cuma yang tinggal adalah pelaksanaan dan pengisian yang sesuai dengan semangat di sebalik kerangka keislaman tersebut. Maka, suasana politik kepartian secara khusus tidak seharusnya mencetuskan ketegangan terutamanya dalam masyarakat Islam di Malaysia mengenai kedudukan Islam di Malaysia mahupun mengenai kedudukan Malaysia dalam neraca Fiqh al-Daulah (kefahaman mengenai kenegaraan).  Apa yang tinggal adalah usaha-usaha untuk menyempurnakan pelaksanaan undang-undang agama Islam secara menyeluruh dalam pentadbiran di Malaysi

No comments:

Post a Comment