Dalam entri terdahulu, SB telah
kongsikan sedikit perincian kedudukan Islam sebagai agama persekutuan. Ramai yang menyalahtanggapi konsep Islam
sebagai agama persekutuan dan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
Islam sebagai agama bagi
persekutuan tidak sama dengan kalimah “Islam sebagai sekadar agama rasmi”.
Islam sebagai agama Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) secara jelas
memberikan peranan agama Islam secara menyeluruh kepada Persekutuan berbanding
sekadar agama rasmi bagi Persekutuan yang lebih dilihat sebagai satu simbolik
kepada kerangka kenegaraan. Apatah lagi, gambaran bahawa Malaysia ini sebuah
negara secular, maka ia lebih bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan
Malaysia. Oleh sebab itulah, pakar perundangan negara, Dr. Aziz Bari pernah
berkata :
“Pada hakikatnya kita boleh
mengatakan bahawa negara ini telah disyahadahkan dengan kalimah Islam
sebagaimana tertulis dalam Perkara 3(1) iaitu Islam adalah agama Persekutuan
Malaysia sekaligus telah membatalkan ciri-ciri sekularnya. Dan kemudian
terpulang kepada kita untuk mengisi kerangka itu dengan apa yang dituntut oleh
Islam. Mungkin dalam beberapa perkara syariat, negara kita mengabaikan Islam
tetapi itu tidak bermakna anda boleh sewenang-wenangnya menuduh negara ini
murtad dengan menjadi negara sekular.”
(Milenia, Disember 2010: 10)
Sementara itu, bekas Presiden
Jemaah Islah Malaysia (JIM) juga dalam mengulas hal ini pernah berkata :
“Jika dilihat dalam Perlembagaan
Negara, tiada satu perkataan pun yang menggunakan perkataan sekular sedangkan
para penggubal dahulu boleh sahaja meletakkannya sebagaimana yang berlaku pada
negara Turki, Perancis dan India. Saya tidak rasa ia adalah suatu perkara yang
tidak disengajakan atau terlepas pandang. Ia memang dirancang, dipersetujui
serta disepakati sebegitu rupa dalam membentuk Perlembagaan negara. Malaysia
memang tidak direka atau dirancang untuk menjadi negara sekular.
“Justeru, status paling tepat
yang boleh diberikan kepada Malaysia jika ia seorang manusia ialah, dia seorang
Muslim. Ia (muslim) pula terbahagi kepada muslim yang taat atau tidak. Tiada
sesiapa berhak mengatakan seseorang Muslim itu bukan Muslim jika dia berbuat
sesuatu yang melanggar syariat Islam. Itulah gambaran paling tepat yang boleh
saya umpamakan untuk memberi status kepada Malaysia.”
Ini menunjukkan kerangka keislaman itu sudah
wujud dalam Perlembagaan Persekutuan. Cuma yang tinggal adalah pelaksanaan dan
pengisian yang sesuai dengan semangat di sebalik kerangka keislaman tersebut. Maka,
suasana politik kepartian secara khusus tidak seharusnya mencetuskan ketegangan
terutamanya dalam masyarakat Islam di Malaysia mengenai kedudukan Islam di
Malaysia mahupun mengenai kedudukan Malaysia dalam neraca Fiqh al-Daulah
(kefahaman mengenai kenegaraan). Apa
yang tinggal adalah usaha-usaha untuk menyempurnakan pelaksanaan undang-undang
agama Islam secara menyeluruh dalam pentadbiran di Malaysi